ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

KECERDASAN EMOSI

Menurut Salovey dan Mayer (1990),

EQ didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memandu pemikiran dan tindakannya

Di antara ciri-ciri EQ ialah:
• Kebolehan dalam pengurusan emosi
• Kemahiran meningkatkan motivasi diri
• Kebolehan mengetahui emosi sendiri
• Kebolehan mengawal emosi orang lain
• Kebolehan menjalinkan persaudaraan

Menurut Golmen

• Emosi adalah kebolehan untuk mengenal pasti emosi diri dan orang lain, untuk memotivasi diri kita dan menguruskan emosi dengan baik dalam diri kita serta pembinaan hubungan antara perseorangan yang dapat dikategorikan kepada 5 dimensi EQ


Contohnya
1. Kesedaran diri (Self-awareness) - mengamati diri dan mengenali perasaan diri sendiri; mengetahui hubungan antara fikiran, perasaan dan reaksi

2. Kawalan diri (Self-regulation) - mengurus keadaan, desakan dan sumber dalaman seseorang.

3. Motivasi diri(motivation) - Kecenderungan emosi yang memimpin atau memudahkan pencapaian matlamat.

4. Empati (emphaty) - Memahami perasaan dan masalah orang lain dan berfikir dari sudut pandangan mereka; menghargai perbezaan perasaan orang mengenai pelbagai hal.
5. Kemahiran sosial (Social skills) - Kemahiran berkomunikasi dan keupayaan untuk membantu orang lain menguruskan emosinya.

EQ/EI dapat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu:

• Penilaian dan ekspresi emosi
• Emosi dan proses membuat keputusan
• Pengetahuan mengenai emosi
• Pengurusan emosi


Menurut Murray

EQ merupakan satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta memfokuskan kepada perasaan positif serta keyakinan diri.


Menurut Mc Garvey, terdapat 4 kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan EQ seseorang individu, iaitu

1. Kebolehan untuk mengawal dorongan,
2. Emosi
3. berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan
4. berempati dengan orang lain.


Sehubungan itu, EQ merupakan kebolehan untuk merasai, memahami dan mengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian yang baik terhadap emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh manusia

TEORI EMOSI JAMES-LANGE
NAVISTIK
 mengatakan bahwa emosi-emosi itu pada dasarnya merupakan bawaan sejak lahir

EMPIRISTIK
 mengatakan bahwa emosi dibentuk oleh pengalaman dan proses belajar.

Antara penganut fahaman nativistik adalah Rene Descartes (1596-1650).

Beliau mengatakan bahwa manusia sejak lahirnya telah mempunyai enam emosi dasar iaitu:
1. Cinta
2. Kegembiraan
3. Keinginan
4. Benci
5. Sedih
6. Kagum.

• Antara tokoh fahaman empiristik adalah William James (1842-1910, Amerika Syarikat) dan Carl Lange (Denmark)

• Mereka telah menyusun suatu teori tentang emosi yang dinamakan teori James- Lange.

• Menurut teori ini, emosi adalah hasil persepsi seseorang terhadap perubahan- perubahan yang terjadi pada tubuh sebagai respons terhadap rangsangan yang datang dari luar
• Teori ini juga disebut sebagai teori perifer


Sebagai contoh, apabila kita melihat harimau

1. Darah makin cepat beredar
2. Denyut jantung makin cepat
3. Paru- paru akan lebih cepat mengepam udara
4. Timbulnya rasa takut


Menurut Lindsay
 Emosi yang terlampau adalah disebabkan oleh pekerjaan yang terlampau keras dari saraf terutama otak

 Misalnya apabila individu mengalami tekanan perasaan, saraf bekerja sangat keras yang menimbulkan refleksi kelenjar- kelenjar tertentu yang dapat meningkatkan aktiviti otak.

 Oleh itu, keadaan ini akan menimbulkan emosi.

• Menurut Wiliams James, faktor penting untuk timbulnya emosi adalah perubahan-perubahan yang berlaku pada elemen -elemen visceral.
• Sedangkan Carl Lange pada masa yang sama mengemukakan bahwa emosi terjadi kerana perubahan-perubahan ruang yang terjadi pada sistem vasomotor (otot-otot)

Kajian Perkaitan antara Emosi & Kesihatan

Kajian Pertama, terbitan Journal of the American College of Cardiology (JACC)

• wanita yang menghidap simptom kemurungan menghadapi risiko lebih tinggi diserang penyakit jantung. Wanita yang disahkan murung secara klinikal pula dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat jantung terhenti.

• Para penyelidik menyimpulkan bahawa kemurungan mempunyai impak psikologi secara terus menerus terhadap jantung kerana ia terpaksa berfungsi lebih kuat apabila berdepan tekanan.

Kajian kedua, penyelidik University College London

• lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian.

Kesimpulan Kajian 1

• golongan yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan 'deadline', kurang potensi mengalami penyakit jantung.
• Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.

Kesimpulan Kajian 2

• Kajian kedua menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

• Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari


Kedua-dua kajian tersebut menemui stereotaip jantina iaitu:

• wanita 'sakit' jantung
 akibat menanggung kesedihan

• manakala lelaki 'sakit' jantung
 dengan kemarahan


• Walaupun begitu, dua kajian bersetuju bahawa lelaki dan wanita mengetahui punca penyakit jantung adalah seperti diet salah, kurang bersenam dan sukar tidur.

• Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana perkara tersebut boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung.

Ibnu Abi al- Dunya & Baihaqi menyatakan
Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu ialah orang yang dapat
mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan orang yang bersabarantara kamu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.

BUATMU ADAM..


"Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.





Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......
"

Kau yang bernama LELAKI.....


KAU YANG BERNAMA LELAKI

Kau yang bernama lelaki,
Andai suatu hari nanti,
Takdirnya kita akan bersama,
Melayari bahtera kehidupan,
Usah kau impikan selaut sutera keindahan,
Usah kau igaukan kasih yang menggunung tanpa puncak,
Juga usah kau harapkan
Kesempurnaan mutlak diri ini.

Aku bukan Siti Khadijah,
Mahupun permata Siti Fatimah,
Aku bukan Siti Aisyah,
Mahupun Ummul Mukminin lain,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita sufi terpuji,
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam,
Masyitah, Asiah, Sumaiyah.

Kau yang bernama lelaki,
Mengertilah dengan waras keislaman,
Aku hanyalah wanita akhir zaman,
Yang masih cuba mempertahankan maruah,
Dan kesucian diri sebagai muslimah,
Berlandaskan garisannya,
Dalam mengharungi kegawatan masa kini
Yang serba palsu lagi cukup menjijikkan,
Dengan kemampuan diri yang tinggal sekuman cuma.

Kau yang bernama lelaki,
Demi keranaNya semata,
Tidak ku tagih apa-apa darimu,
Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci,
Bahawa aku adalah amanah untuk dirimu,
Sekiranya kita ditakdirkan bersama……………………
.

LeLaKi AcUaN AL-QURAN...


Lelaki Acuan Al-Quran
Lelaki acuan Al-Quran ialah seorg Lelaki yg beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang sentiasa haus dgn ilmu, dahaga dgn pahala,
Yang solatnya adalah maruahnya,
yg tdk pernah takut berkata benar,
Yang tdk gentar melawan nafsu...
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yg menjaga tuturkatanya,
Yg tdk bermegah dgn ilmu yg diperolihinya,
Sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yg pelindung,
Yang mempunyai ramai kawan dan tdk mempunyai musuh bersifat jembalang...
Lelaki acuan Al-Quran semtiasa menghormati kedua ibubapanya,
yg bakal menjaga keharmonian rumah tangga ,
Yg akan mendidik anak-anak mendalami ilmu agama,
Yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana Dunai baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat...
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia utk agamanya,
Yg hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat saidina ABU BAKAR AS-SIDDIQ,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah ke atasnya....
Lelaki acuan Al-Quran tdk pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca,
Yg suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Yg tidurnya lena dgn cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh dgn kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati,
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian....
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yg tidak terpesona
dgn buaian dunia,
Kerana ia mengimpikan syurga,Disitulah rumah impiannya,

AlaNGkaH InDaHnYa CiPTaaN BiDaDaRI DuNiA.......



Asal Kejadian Perempuan
"Berbezakah asal kejadian perempuan dari lelaki? Apakah perempuan diciptakan oleh tuhan kejahatan ataukah mereka merupakan salah satu najis (kotoran) akibat ulah syaitan? Benarkah yang digoda dan diperalat oleh syaitan hanya perempuan dan benarkah mereka yang menjadi penyebab terusirnya manusia dari surga?

Demikian sebahagian pertanyaan yang dijawab dengan pembenaran oleh sementara pihak sehingga menimbulkan pandangan atau keyakinan yang tersebar pada masa pra-Islam dan yang sedikit atau banyak masih berbekas dalam pandangan beberapa masyarakat abad ke-20 ini.

Pandangan-pandangan tersebut secara tegas dibantah oleh Al-Quran, antara lain melalui ayat pertama surah Al-Nisa':

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari jenis yang sama dan darinya Allah menciptakan pasangannya dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.
Demikian Al-Quran menolak pandangan-pandangan yang membedakan (lelaki dan perempuan) dengan menegaskan bahwa keduanya berasal dari satu jenis yang sama dan bahwa dari keduanya secara bersama-sama Tuhan mengembangbiakkan keturunannya baik yang lelaki maupun yang perempuan.

Benar bahwa ada suatu hadis Nabi yang dinilai shahih (dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya) yang berbunyi:

Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah).
Benar ada hadis yang berbunyi demikian dan yang dipahami secara keliru bahwa perempuan diciptakan dari tulang rusuk Adam, yang kemudian mengesankan kerendahan darjat kemanusiaannya dibandingkan dengan lelaki. Namun, cukup banyak ulama yang telah menjelaskan makna sesungguhnya dari hadis tersebut.

Muhammad Rasyid Ridha, dalam Tafsir Al-Manar, menulis: "Seandainya tidak tercantum kisah kejadian Adam dan Hawa dalam Kitab Perjanjian Lama (Kejadian II;21) dengan redaksi yang mengarah kepada pemahaman di atas, nescaya pendapat yang keliru itu tidak pernah akan terlintas dalam benak seorang Muslim."192

Tulang rusuk yang bengkok harus difahami dalam pengertian majazi (kiasan), dalam arti bahwa hadis tersebut memperingatkan para lelaki agar menghadapi perempuan dengan bijaksana. Karena ada sifat, karakter, dan kecenderungan mereka yang tidak sama dengan lelaki, hal mana bila tidak disedari akan dapat mengantar kaum lelaki untuk bersikap tidak wajar. Mereka tidak akan mampu mengubah karakter dan sifat bawaan perempuan. Kalaupun mereka berusaha akibatnya akan fatal, sebagaimana fatalnya meluruskan tulang rusuk yang bengkok.

Memahami hadis di atas seperti yang telah dikemukakan di atas, justru mengakui keperibadian perempuan yang telah menjadi kodrat (bawaan)-nya sejak lahir.

Dalam Surah Al-Isra' ayat 70 ditegaskan bahwa:

Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan (untuk memudahkan mencari kehidupan). Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan.
Tentu, kalimat anak-anak Adam mencakup lelaki dan perempuan, demikian pula penghormatan Tuhan yang diberikan-Nya itu, mencakup anak-anak Adam seluruhnya, baik perempuan maupun lelaki. Pemahaman ini dipertegas oleh ayat 195 surah Ali'Imran yang menyatakan: Sebagian kamu adalah bagian dari sebagian yang lain, dalam arti bahwa "sebagian kamu (hai umat manusia yakni lelaki) berasal dari pertemuan ovum perempuan dan sperma lelaki dan sebagian yang lain (yakni perempuan) demikian juga halnya." Kedua jenis kelamin ini sama-sama manusia. Tak ada perbedaan antara mereka dari segi asal kejadian dan kemanusiaannya.

Dengan konsideran ini, Tuhan mempertegas bahwa:

Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal, baik lelaki maupun perempuan (QS 3:195).
Pandangan masyarakat yang mengantar kepada perbedaan antara lelaki dan perempuan dikikis oleh Al-Quran. Karena itu, dikecamnya mereka yang bergembira dengan kelahiran seorang anak lelaki tetapi bersedih bila memperoleh anak perempuan:

Dan apabila seorang dari mereka diberi kabar dengan kelahiran anak perempuan, hitam-merah padamlah wajahnya dan dia sangat bersedih (marah). Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak disebabkan "buruk"-nya berita yang disampaikan kepadanya itu. (Ia berpikir) apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup). Ketahuilah! Alangkah buruk apa yang mereka tetapkan itu (QS 16:58-59).
Ayat ini dan semacamnya diturunkan dalam rangka usaha Al-Quran untuk mengikis habis segala macam pandangan yang membedakan lelaki dengan perempuan, khususnya dalam bidang kemanusiaan.

Dari ayat-ayat Al-Quran juga ditemukan bahwa godaan dan rayuan Iblis tidak hanya tertuju kepada perempuan (Hawa) tetapi juga kepada lelaki. Ayat-ayat yang membicarakan godaan, rayuan setan serta ketergelinciran Adam dan Hawa dibentuk dalam kata yang menunjukkan kebersamaan keduanya tanpa perbedaan, seperti:

Maka setan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya ... (QS 7:20).
Lalu keduanya digelincirkan oleh setan dari surga itu dan keduanya dikeluarkan dari keadaan yang mereka (nikmati) sebelumnya ... (QS 2:36).

Kalaupun ada yang berbentuk tunggal, maka itu justru menunjuk kepada kaum lelaki (Adam), yang bertindak sebagai pemimpin terhadap istrinya, seperti dalam firman Allah:

Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya (Adam) dan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepadamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan punah?" (QS 20:120).
Demikian terlihat bahwa Al-Quran mendudukkan perempuan pada tempat yang sewajarnya serta meluruskan segala pandangan yang salah dan keliru yang berkaitan dengan kedudukan dan asal kejadiannya.

kEaJaIBaN jAri jEmArI...



Keajaiban Jari Jemari

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (QS. 36. Yaasin: 65)
Di antara ni'mat Allah yang besar kepada manusia adalah diberikannya tangan dan kaki yang sangat besar manfaat kegunaannya. Di ujung tangan itu ada jari jemari yang memiliki banyak sekali fungsi dan kegunaan. Selain untuk mengambil, meletakkan atau membawa sesuatu bersama telapak tangan jari jemari dapat mengepal, memijit, menggosok, memukul, menonjok, menjitak, memilin, memelintir, meremas, membelai, menusuk, mencengkeram, dan lain-lain.
Jari-jemari tangan kita kiri kanan masing-masing terdiri dari 5 sehingga semuanya ada 10 dan masing-masing memiliki 4 ruas (kecuali jempol = 3 ruas) sehingga jumlah keseluruhannya 38 ruas.
Tahukah anda, jumlah jari jemari anda mengandung keajaiban angka 19 ? (catatan: dengan mengabaikan ruas-ruas tulang pergelangan). Silakan anda hitung sendiri maka akan anda dapati sbb:
jari kelingking ==> ada empat ruas
jari manis ==> ada empat ruas
jari tengah ==> ada empat ruas
jari telunjuk ==> ada empat ruas
jari jempol (ibu jari) == > ada tiga ruas
----------------------- +
( 4 + 4 + 4 + 4 + 3 ) Total jumlah = 19 ruas
Keduanya berfungsi seimbang dan dapat bekerjasama dengan baik untuk kepentingan sang pemilik. Keseluruhan ruas jari ini ini dapat ditekuk-tekuk sedemikian rupa sehingga bersama dengan telapak tangan dapat melakukan banyak aktifitas. Bila satu ruas saja bermasalah, pemiliknya pasti akan merasa susah. Jika satu saja jari Anda terkilir, dapat dipastikan Anda akan menjadi repot. Jari jemari yang posisinya seimbang itu dilengkapi dengan kuku-kuku bermanfaat. Dia bisa digunakan untuk mencubit, mengambil barang yang kecil dengan jalan mencabut, jari dan kuku juga berfungsi untuk keindahan.
Kebaikan dan Keburukan Setiap jari - ibu jari, telunjuk, jari tengah, jari manis, dan kelingking punya aktifitas masing-masing sesuai profesi pemiliknya. Ada yang sering dipakai untuk menjahit, memegang uang, memegang cangkul, mesin, mengetik, dan lain-lain. sesuai dengan jenis kerja pemiliknya. Jari jemari sangat penting bagi para olahragawan yang keahliannya menggunakan tangan dan para seniman yang berkarya dengan jemarinya.. Aktifits jari jemari memang untuk membantu manusia melaksanakan pekerjaan dan merealisasikan keinginannya.
Gerakan-gerakan jari-jemari pun memiliki makna sendiri-sendiri. Acungan jempol misalnya berarti ungkapan, "bagus" atau "hebat". Anda tidak mendapat sesuatu yang Anda inginkan atau "kecele" biasanya diistilahkan dengan "gigit jari". Jari-jemari pun jadi alat isyarat. Ketika kita menyatakan persabatan kita pun berjabat tangan yang merekatkan telapak tangan dan jari jemari kita ke tangan sahabat kita. Jari yang telunjuk yang ditaruh tegak di depan mulut berarti "Hati-hati" atau "Berhentilah bicara". Jari yang diletakkan melintang di kening menandakan bahwa pelakunya hendak memberi tahu bahwa seseorang itu tidak waras (sinting). Telunjuk yang diarahkan kepada seseorang berarti menuding. Bila kesemua jari dan telapak tangan diangkat ke atas berarti lambaian. Banyak isyarat lain dilakukan dengan jari.
Al Qur-an juga menggambarkan fungsi jari sebagai alat isyarat. Orang munafik yang menolak kebenaran dalam Al Qur-an dilukiskan sebagai orang-orang yang menyumbat kuping dengan jarinya.
Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir . (QS. 2. Al Baqarah:19)
Menyumbat telinga dengan jari dalam ayat di atas adalah kiasan menutup hati dari bimbingan hidayah Allah. Inilah kiasan terhadap orang-orang munafik yang hatinya berpenyakit dan enggan menerima kebenaran.
Para koruptor menggunakan jari jemarinya untuk memindahkan angka-angka hitungan uang dalam memanipulasi para pemeriksa keuangan di tempatnya bekerja. Jempol dan telunjuk digunakan menulis dengan pulpen atau pinsil di atas kertas. Seorang direktur menandatangani surat-surat penting dengan pulpennya. para pelajar mencatat pelajaran, para pelukis menggambar di atas kanvas, dan lain-lain.
Jari jemari digunakan untuk keburukan misalnya oleh para pengarang yang mengotak-ngatik tulisan sehingga menyesatkan orang lain. Ujung jari-jemarinya digunakan untuk menekan tuts huruf di atas keyboard ketika membuat tulisan yang membangkitkan selera rendah orang lain. Seorang pembunuh yang menggunakan pistol memakai telunjuknya untuk menarik picu pistolnya sehingga pistol itupun memuntahkan peluru. Para penjahat dan pelaku kecurangan menggunakan jari jemari dalam menjalankan aksinya,
Sebaliknya jari jemari juga dilakukan untuk kebaikan dan ibadah kepada Allah. Dengan jari jemari Anda dapat menolong orang lain. Anda yang sedang berzikir kepada Allah juga menggunakan jari jemari untuk menghitung puji-pujian terhadap Allah. Jumlah kalimat thoyyibah : Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar biasanya dihitung masing-masing 33 kali sedangkan istighfar dan Laa ilaha-illallah 100 kali sehingga mudah dilakukan dengan menekan jari jemari yang berjumlah 30 dan ditambah 3. Ketika Anda berdiri dalam sholat jari-jari tangan sebelah kanan di taruh di atas tangan kiri. Jari telunjuk pun diacungkan ketika seseorang mengucapkan dua kalimat syahadat di dalam sholatnya. Karena itu jari jemari ini tahu persis apa yang telah dilakukan pemiliknya.. Apakah jari Anda digunakan berdzikir, bersyahadat ataupun melaksanakan ibadah lainnya. Apakah dia membuat kebaikan ataukah keburukan, semua ada balasannya.
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (QS. 9. Az Zalzalah:7-8)
Menjadi Saksi Kendati banyak sekali fungsi dan perannya, jari jemari tidak menentukan segalanya dalam aktifitas hidup manusia. Sebab pengendali utama hidup manusia adalah hatinya. Jika hatinya sehat manusia menjadi baik. Jika harinya berpenyakit maka perbuatannya pun akan buruk. Jari jemari melakukan tugas yang diperintahkan otak manusia. Otak ini dikendalikan hati yang terdapat di dalam dada. Dengan sangat indah Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wa Sallam menggambarkan bahwa hati mukmin berada di antara jemari Ar Rahmaan
Maksudnya Allah teramat dekat dengan manusia sehingga sewaktu-waktu dapat membolak-balik hatinya dari posisi beriman menjadi kufur atau dari kufur menjadi mukmin. Setiap muslim dituntut memelihara imannya dan berdo'a kepada Allah,
Ya Allah yang mampu membolak-balik hati teguhkanlah hatiku dalam agama-Mu (Al hadits)
Muslim hendaknya memelihara keteguhan hatinya di dalam agama Allah dan mencegah jari jemarinya dari perbuatan durhaka. Sebab, jari jemari itu akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat pemiliknya. Al Qur-an menyatakan tentang kondisi hari kiamat dimana jari jemari manusia yang telah hancur bercampur tanah akan dikembalikan,
Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (QS. 75. Al Qiyamah:4)
Inilah penggambaran yang sempurna tentang kehidupan sesudah mati. Allah akan menyusun kembali tulang belulang manusia yang berserakan. Bahkan setiap ruas jari-jemari akan kembali utuh sebagaimana semula.. Si empunya jari jemari itu pun dituntut pertanggungjawaban terhadap apa yang telah diperbuat nya.
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (QS. 36. Yaasin:65)
Tidak itu saja, persaksian terhadap sikap, ucapan, dan perilaku bukan hanya disampaikan oleh jari jemari tetapi juga oleh kulit manusia. Karena seperti halnya jari jemari setiap sel kulit akan kembali seperti semula untuk memberikan persaksian terhadap apa yang diperbuat oleh pemiliknya...
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. (QS. 41. Fushshilat:20)
Mukjizat Allah, tanda 99 (Asmaul Husna) pada telapak tangan anda
Tahukah sahabat, garis utama kedua telapak tangan kita, (lihat attachment), bertuliskan dalam angka Arab yaitu : |/\ pada telapak tangan kanan, artinya : 18 dan /\| pada telapak tangan kiri, artinya : 81
Jika kedua angka ini dijumlahkan, 18+81 = 99, 99 adalah jumlah nama/sifat Allah, Asmaul Husna yang terdapat dalam Al-Quran !
Bila 18 dan 81 ini dirangkaikan, maka terbentuk angka 1881. Angka ini adalah angka kelipatan 19 yang ke-99 ! ( 19 x 99 = 1881 )
Seperti diketahui angka 19 adalah fenomena tersendiri dalam Al-Quran, yang merupakan bukti kemukjizatan al-Quran.

Tahukah anda, bahwa ruas-ruas tulang jari (tapak tangan maupun telapak kaki) anda, terkandung jejak-jejak nama Allah, tuhan yang sebenar pencipta alam semesta ini. Kalau nggak percaya bisa didemonstrasikan. Silakan perhatikan salah satu tapak tangan anda (bisa kanan bisa kiri). Perhatikan lagi dengan seksama:
jari kelingking ==> membentuk huruf alif
jari manis, jari tengah, & jari telunjuk == > membentuk huruf lam (double)
jari jempol (ibu jari) ==> membentuk huruf ha'
Jadi jika digabung, maka bagi anda yang mengerti huruf Arab akan mendapati bentuk tapak tangan itu bisa dibaca sebagai Allah (dalam bahasa Arab).

Maka benarlah firman Allah SWT : "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" QS. Fushshilat 41:53

KEAJAIBAN SIDIK JARI
Ilmu pengetahuan modern menyingkap banyak hal yang membuat keimanan seorang mukmin terhadap keterangan Al Qur-an semakin mantap. Ayat-ayat Allah di dalam Al Qur-an menjadi benar-benar jelas tergambar dan terbukti kebenarannya manakala kita melihat bukti-bukti nyata dalam alam semesta dan kemajuan ilmu pengetahuan.
Dalam kasus pembunuhan misalnya, Polisi dapat mengidentifikasi kejahatan berdasarkan sidik jari yang ditinggalkan oleh pelaku di tubuh korban. Hal ini disebabkan struktur sidik jari setiap orang berbeda satu dengan lainnya. Bila kelak penjahat itu telah ditemukan maka untuk membuktikan kejahatannya sidik jarinya akan dicocokkan dengan sidik jari yang ada dalam tubuh korban.. Maka si penjahat tidak dapat memungkiri perbuatannya di hadapan polisi.
Karena itu pula seorang yang mau menggunakan ATM (Anjungan tunai Mandiri) di masa depan mungkin tidak perlu lagi menggunakan kode-kode PIN yang perlu dia ingat. Cukup dengan menaruh telapak tangan di atas mesin yang dapat mengidentifikasi dirinya. Jumlah uang yang diinginkan pun tidak perlu ditekan-tekan lagi tetapi cukup dengan diucapkan dan komputer akan menerjemahkannya dalam bahasa angka. Berapa jumlah uang yang Anda minta akan diberikan dan uang di rekening Anda akan dipotong dengan sendirinya.
Pintu rumah di zaman yang akan datang tidak perlu lagi dikunci dengan alat kunci tradisional tetapi bisa dibuka oleh alat sensor yang hanya mengenal jari-jari orang tertentu saja... Demikian juga stir mobil akan mengenal hanya pengemudi tertentu saja karena ada sensor yang mengenal jari pemiliknya.
Keistimewaan pada jari jemari manusia menunjukkan kebenaran firman Allah yang menyatakan bahwa segala sesuatu ada bekasnya. Allah tidak akan menyia-nyiakan bekas-bekas ini untuk dituntut di yaumil akhir nanti.
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh). (QS. 36. Yaasin:12)

http://van.9f.com/article%20islam2/keajaiban_jari.htm

PeSaN RoH kEpaDa MaNuSIA


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

MaNuSia DaLaM kErUgIaN




Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

"
Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran
Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.
1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga di sebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini.
Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.
2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu. Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.
Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untuk melakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam.
Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya, semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan.
Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidak meninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orang mampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Ada ulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklah terlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan. Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Ini bermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.
Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:



Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.
(Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan
akan kita rasakan akibatnya nanti
Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang sama meninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang.
3. Golongan ketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yang membela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenaran dalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya. Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam. Mengajar dan menyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugas dakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah rugilah manusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan ini tidak mempunyai nilai di sisi Allah.
Apa sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:

Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali
kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)
Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laa ilaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya.
Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil.
Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat.
Setelah mempraktikkan kebenaran itu dalam diri sendiri barulah mudah memperkatakan kebenaran kepada orang lain. Misalnya berkata benar - tidak berbohong, menipu atau memfitnah. Telinga pula benar dari segi tidak mendengar perkara yang haram dan dilarang. Mata pula tidak melihat sesuatu kecuali yang halal. Pendekkata semua anggota tidak melakukan sesuatu kecuali yang benar dan tidak bercanggah dengan kebenaran itu sendiri iaitu ISLAM. Penyebaran dakwah ini menjadi penting dan wajib atau fardhu 'ain dilakukan terutama dalam zaman kegawatan akidah dewasa ini. Tidak guna manusia yang asyik memperkatakan atau cuba menyelamatkan generasi ini dari kegawatan ekonomi saja tanpa sedikit pun memikirkan masalah yang Allah pandang besar iaitu kegawatan aqidah, moral dan agama. Adakah ekonomi akan menyelamatkan manusia terjun ke lembah hina di dunia dan terjun ke neraka di akhirat? Pendekatan 'ekonomi adalah segala-galanya' seolah-olah menafikan kebenaran Islam.
Setelah berhasil mencapai kebenaran dalam diri sendiri dan masyarakat amnya, barulah kejayaan itu diperkukuhkan atau dimantapkan secara istiqamah. Usaha ini perlu berterusan meskipun melalui duri dan ranjau yang cuba ditentang oleh puak yang memusuhi kebenaran iaitu Paksu (nafsu), Pak Leh (Iblis), Pak Wa (hawa) dan Pak Tan (syaitan). Di sini perlunya kesabaran - satu sifat yang perlu untuk menjadi golongan terakhir yang dinyatakan dalam Surah Al-'Asr iaitu pendokong kesabaran.
4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhir yang beruntung dan tidak akan rugi. Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Di antara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis. Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.

MANUSIA DI ATAS AGAMA


MANUSIA DI ATAS AGAMA
"
Alhamdulillah dapat kita bertemu sekali lagi dalam sesi muzakarah kali ini. Kadang-kadang kita merancang untuk bertemu setiap minggu tapi atas Allah jua segala penentuan. Sebagai insan kita pohonkan kemaafan dan beristighfar atas segala kelemahan.
Hari ini masalah pendidikan seharusnya diberikan penekanan yang paling serius. Dalam keadaan yang serba maju dan moden, manusia teraba-raba dalam kemanusiaannya. Oleh sebab tiada contoh ikutan, maka ramai yang tenggelam tanpa punca. Apa saja yang datang terus dipegang menjadi satu ideologi. Akhirnya akal dan kemanusiaan tenggelam. Nafsu dan kebinatangan menjadi ketua menerajui setiap tindakan.
Para guru atau pendidik yang sepatutnya mentarbiah anak didik juga tidak terlepas dari fenomena ini. Mereka hilang punca. Sudah tentulah anak-anak didik mereka lebih-lebih merasakan kehilangan dan hanyut dalam arus yang tidak ada penghujung. Jalan penyelesaian menemui jalan buntu.
Justeru, pendidikan merupakan sesusatu yang maha penting untuk memandu kehidupan manusia. Ia mesti berlandas kepada falsafah dan dasar yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith. Pendidikan moden yang berorientasikan fahaman sekular gagal mentarbiah manusia. Kita mesti mengembalikan pendidikan beragama kepada anak-anak. Jatuh bangunnya manusia berpunca dari agama. Bagus agama maka baguslah kemanusiaannya. Buruk agama maka buruklah kesudahannya. Pendeknya manusia itu atas agama anutannya.
Nabi Muhammad telah merintis jalan ke arah budaya beragama. Baginda adalah contoh terbaik untuk diikuti dalam semua aspek kehidupan. Baginda dilahirkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Dalam zaman kegawatan akhlak ini, pendidikan perlu kembali berteraskan kepimpinan Baginda yang mempelopori 'uswah' dan 'qudwah' hasanah - ikutan terbaik. Semua gerakgeri Nabi Muhammad adalah didorong oleh wahyu Allah. Manusia tidak akan sesat sekiranya berpegang dan menjadikan Baginda sebagai ikutan. Masyarakat itu atas kepimpinan ketua. Penerapan uswah dan qudwah Baginda harus bermula dari pemimpin/ketua. Ketua, pemimpin atau guru yang baik melahirkan generasi yang baik. Mereka perlu bertindak sebagai 'role-model' dalam usaha penerapan budaya beragama. Ciri-ciri hasanah ini perlu dijelmakan dalam realiti kehidupan.
Ciri-ciri jahiliah zaman dulu masih ada malahan semakin tegak dalam zaman moden ini. Kejahatan, kefasikan, kesesatan, kekafiran dan kemunafikan bermaharajalela dewasa ini. Amar makruf dan nahi mungkar tidak menjadi teras dalam pendidikan. Kegawatan moral kemanusiaan berada di ambang atau tepi jurang neraka perlu diberikan perhatian serius melebihi daripada kawalan membanteras kegawatan ekonomi yang hanya menyentuh masa terdekat. Manusia diserang penyakit yang memusnahkan keseluruhan kemanusiaannya. Mereka memerlukan sejenis terapi perubatan bagi merawat dan menyembuhkan ciri-ciri kemanusiaan. Farmasi yang mampu memberikan penyembuhan tidak lain daripada Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Inilah ubat sebenar bagi penyakit masa kini. Hakikat yang wujud sekarang ialah ramai cuba memberikan jalan penyelesaian tetapi terpesong kerana tidak berlandaskan fitrah dan sunnah. Akhirnya ubat yang diberikan tidak menyembuhkan penyakit kerana penyakit lain, ubat yang diberikan pula berlainan dan bercanggah dengan penyakit yang diidapi. Ibarat penyakit barah diubati dengan panadol.
Orang kafir terutama Yahudi mengeksploit kelemahan orang Islam. Mereka sedar keruntuhan yang sedang berlaku di kalangan umat Islam. Kegawatan ini mereka jadikan asas untuk menjahanamkan lagi keIslaman yang ada pada diri mereka. Mereka tidak sekali-kali berpuas hati dan redha selagi umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka sehasta demi sehasta sehinggalah orang Islam menganuti budaya dan cara hidup mereka. Mereka akan cuba menerapkan budaya murtad atau semi-murtad di kalangan anak-anak muda Islam. Islam dilanyak seperti mana melanyak Iraq dan negeri Islam lain. Apabila Islam dan budaya Islam punah dan hancur barulah mereka gembira dan berpuas hati. Orang Yahudi suka orang Islam sesat seperti mereka, biar sama-sama menjadi penghuni neraka. Inilah konsep yang menjadi asas perjuangan Yahudi dan syaitan laknatullah.
Alhamdulillah kita berasa syukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Para sahabat bersama Nabi Muhammad saw. menyebarkan agama Islam dengan begitu perit dan susah. Mereka berjuang hingga ke titisan darah mengorbankan harta dan nyawa untuk menegak dan menghadiahkan Islam kepada kita. Sekarang kita sudah menerima Islam hasil pengorbanan mereka. Apakah setelah menerima Islam kita patut berdiam diri. Lupakah kita akan perjuangan mereka yang menghadiahkan Islam kepada kita? Kalaupun tidak berjuang untuk menegakkan keislaman pada orang lain, kita berkewajipan menjaga Islam sekurang-kurangnya pada diri kita dan keluarga.
Nikmat Allah tidak terhitung. Setiap detik kita kecapi nikmat tersebut. Kita wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat panca-indera, infra-struktur dan segala kemudahan di dunia ini. Lebih-lebih lagi bersyukur atas nikmat Islam dan Iman. Sebagai tanda kesyukuran, kita patut berpegang dengan tali Allah iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi. Kedua-dua sumber itu adalah kekuatan Islam. Di samping itu perlu dihidupkan semula budaya yang hampir lenyap iaitu amar makruf dan nahi mungkar. Adalah menjadi tanggungjawab bersama membangunkan Islam yang sedang rebah dan munuju saat-saat tenat. Pembinaan masyarakat madani adalah menjadi tanggungjawab semua muslim. Penerapan sifat taqwa perlu diusahakan di samping menunjuk atau mengimarahkan ciri-ciri keislaman meskipun dibenci oleh orang kafir.
Inilah yang perlu kita bangunkan bagi meneruskan usaha dan perjuangan Nabi Muhammad saw. Baginda akan bangga jika umatnya tegak dalam Islam sebaliknya baginda akan berduka jika umat yang dibinanya musnah dalam kegelapan aqidah. Marilah sama-sama kita melakukan sesuatu yang boleh menyukakan hati baginda di samping menjauhi diri dari meluka dan menyebabkan Baginda berdukacita. Semoga Allah membantu kita dalam merealisasikan hasrat ini. Amin..

Kembara Menuju Cinta Ilahi


Dunia yang penuh alpa bagaikan sang kupu- kupu yang terbang tanpa mengetahui hala tujunya, mengembara tanpa adanya titik penghujung. Di manakah kesudahan dunia ini andai manusia masih lagi leka dalam mengejar materialistik duniawi tanpa mempedulikan kehidupan ukhrawi yang kekal abadi.

Terkenang sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. berkata, Rasulullah S.A.W telah memegang dua bahuku lalu baginda bersabda
"Jadilah engkau ini seolah- olah pedagang atau pengembara"
Ibnu Umar r.a. berkata, "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi, jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan pergunakanlah waktu sihat engkau untuk waktu sakit engkau dan waktu hidup untuk waktu mati engkau"

Berdasarkan hadith di atas, kita dapat mengetahui sesungguhnya dunia yang menjadi arena bagi manusia dalam menjalankan kegiatan hidup merupakan tempat perhentian sementara bagi perantau atau musafir untuk menyediakn bekalan di mana dia akan melayari bahtera hidupnya ke satu tempat yang lain pula iaitu akhirat dan bukanlah dunia itu satu tempat yang kekal abadi untuk didiami buat selama- lamanya.

Perhatikanlah mafhum dari sabda baginda yang bermaksud " Jadilah engkau di dalam dunia ini seolah- olah pedagang atau pengembara.

Oleh itu, manfaatkanlah masa yang masih berbaki ini sebe;lum nyawa direnggut dari tubuh yang hanya pinjaman semata- mata. Manusia yang sedang melayari bahtera hidup tanpa hala tuju pasti akan tercari- cari titik persamaan yang akan menghubungkannya kepada Yang Maha Pencipta sama ada manusia tersebut merupakan seorang muslim atau tidak.

KEWAJIPAN MUSLIM
Manusia harus menunaikan beberapa kewajipan yang sememangnya harus digalas di bahu masing- masing. Antaranya ialah:
1. Menjadikan diri sebagai perantau dan berhenti sementara waktu di suatu tempat untuk mencari bekalan dan mengemaskan persiapan untuk perjalanan selanjutnya menuju ke pantai matlamat yang terakhir iaitu negeri akhirat

2. Merebut peluang keemasan tanpa membazirkan masa dengan bekerja keras bagi meraih bekalan di dunia ini untuk kesenangan hidup di kediaman yang kekal dan abadi sebagaimana larangan Umar r.a. yang terdapat dalam hadith di atas.

"Mengapakah dunia yang dikejari, sedangkan ia kan ditinggal pergi...apalah gunanya harta di sisi, jika jasad terkubur terkaku mati...tanpa berkat pahala kitakan rugi...."

Konsep Insan


Al- Qur'an merupakan sumber rujukan utama yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s sebagai petunjuk dan jalan bagi membimbing manusia kepada kebenaran.

Di dalam al- Qur'an kalimah insan disebut sebanyak 65 kali dan kata jamak an-nas dan al-ins masing-masing disebut sebanyak 240 dan 18kali.

Sebagaimana yang kita ketahui al-quran membicarakan mengenai 2 tahap penciptaan manusia iaitu tahap ghaib dan proses biologi yang asli.Tahap ghaib merupakan tahap yang berlaku pada masa azali dan hanya diketahui melalui ilmu naqli.Manakala tahap ke-2 diketahui melalui pengalaman dan ilmu sains.

TAHAP GHAIB
Dalam AL-Quran disebut berulang kali bahawa manusia diciptakan daripada(ex-nihilo)daripada unsur-unsur organik rendah yang dirujuk sebagai 'thin'(tanah liat),turab(debu dan lumpur).Kedudukan manusia yanag unik ini mewajarkan manusia dihormati oleh para malaikat disebsbkan oleh keupayaannya menggarap ilmu kreatif,dan kesanggupannya menerima amanah yang tidak sanggup diterima makhluk lain. Manusia sanggup menerimanya bersama dengan segala kesan yang mungkin timbul malalui pelaksanaan amanaah ini samaada berjaya mahupun gagal.

TAHAP 2:
PROSES BIOLOGI ASLI
Tahap ini merupakan tahap yang dapat dibuktikan melalui kajian saintifik.Al- Qur'an menyatakan bahawa air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim seterusnya akan membentuk tulang dan daging. Akhirnya, kesempurnaan proses ini dilengkapi dengan tiupan ruh ke dalam jasad yang bakal dilahirkan ke dunia ini.

uBAt daN pENawaR PenYAkit Hati


MARAH
=> Marah adalah salah satu penyakit hati. Penyembuhannya boleh dengan cara memberikan ubat kepada apa atau siapa yang dimarahinya. Jika ia megubatinya dengan cara yang betul dan penuh hikmah , berjayalah ia disembuhkannya. Sebaliknya jika ia mengubatinya dengan cara yang salah atau batil, maka akan bertambah ras sakit dalam hatinya.

GELISAH, SEDIH
=> Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati. Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, sehingga lahirnya ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati. Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak sembuh, bahkan semakin banyak penyakit yang akan bejangkit kerananya.

RAGU-RAGU
=> Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya, akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangannya tersebut hilang. Ketika seseorang dilanda kebimbangan, ibarat seperti keadaan suhu yang sedang naik mejadi panas sehingga ia memerlukan kepada pendingin yang boleh menyejukkannya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar. Itulah dia tauhid dan hidayah yan boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.


CINTA DAN RINDU
=> Hal itu tidak ubanhya dengan seseorang yang mengubati penyakit rindu dengan cara berdua-duaan atau dengan perkara yang menghampiri zina untuk melepaskan rindu dengan bertemu, menelefon atau mengirim mesej dengan kata-kata romantik atau melalui apa-apa jua yang boleh memabukkan atau mengkhayalkan, maka ia hanya semakin bertambah parah sakitnya dan lama kelamaan akan menimbulkan pelbagai penyakit sampingan yang lebih berbahaya dari penyakit yang ada.

KEJAHILAN

=> Kejahilan dan kebodohan juga merupakan salah satu dari penyakit hati. Sesetengah orang mengubatinya dengan mencari ilmu2 yang tidak bermanfaat yang mana mereka beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh disembuhkan dengan apa sahaja ilmu mengikut keperluan semasa seseorang. Sedangkan pada hakikatnya ia hanya menambahkan rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri. Oleh itu, penyakit jahil hanya boleh disembuhkan dengan ilmu yang bermanfaat sahaja. Lebih2 lagi ilmu yang menyentuh persoalan iman, keyakinan dan takwa kepada Allah, pembalasan buruk baik dan yang berkaitan denganbalasan syurga dan neraka di akhirat.