
sebenarnya akal fikiran manusia tidak boleh dijadikan undang2 yg mutlak tau perlembagaan yg tetap yg boleh melaksanakan kemaslahatan untuk semua bangsa, seluruh keadaan dan seluruh tempat kerana akal manusia mempunyai kelemahan yg jelas antaranya:-
1> akal fikiran manusia yang membuat berbagai konsep memang berlainan dan berbeza di antara satu sama lain dan tidak sama pula tentang menentukan nilai-nilai hidup atau menentukan baik dan jahat. Mungkin satu nilai dipandang elok oleh sesetengah masyarakat tetapi berlainan pula anggapan yang lain,atau mungkin sesuatu nilai itu bagi sesuatu zaman tapi tidak pula pada zamn yg lain begitulah seterusnya.Sebab itulah ideologi2 , undg2 atau peraturan yg dibuat oleh manusia selalu berubah dan berlaku tokok tambh dr semasa ke semasa bahkn ad yg dibuang krn xde faedhnya.
2> akal fikiran insan juga turut terdedah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu, perkauman, semngt kenegerian dan lain2 yang mna ini tidak membantu utk membela peri kemanusiaan yg sejati, menegakkan keadilan yang mutlak sebagaimana yg dikehendaki oleh seluruh umat manusia.Kita telah melihat dengan mata kepala sendiri bahwa byk akta yg telah digubal tetapi ternyata dlm masa yg singkat ianya tidak berguna lagi, dan digubal lagi sehinggakn tiada penghujungnya.
3> akal fikirn manusia terbatas dan relatif.Ia tidak mampu membuat ramalan yg tepat atau menetukan peristiwa yg akan berlaku kelak. Byk peristiwa2 yg berlaku di luar dugaan manusia. Maka yg Maha mengetahui dengan muslihat manusia ialah tak lain nya pencipta manusia iaitu Allah. Maka undang2 atau hukum Allah shj yg benar2 adil dan mutlak utk semua bangsa seluruh keadaan dan segala zaman.
4> tabiat manusia itu sendiri yang tidak menghormati undg2 yg diciptanya sendiri walaupun undg2 tersebut munasabah, ini disebabkan oleh undg2 manusia itu tidak berhubung dengan pembalasan di akhirat. UNdg2 ciptaan manusia hya tertumpu pd dunia semata-mata, padahal hukum Allah melibatkan perkara2 yg berkaitan dunia dan akhirat. Oleh yang demikian tabiat manusia yang beriman kpd Allah lebih menghormati dan lebih takut kpd balasan Allah di akhirat.
Dengan keterangan-keterangan yg ringkas di atas ternyatalah bahawa agamaitu perkara pokok dan perkara yg paling mustahak utk kesejahteraan dan kebahagiaan umat manusia seluruhnya....
Prof Dr Haron Din; manusia dan islam....

Saban hari, pernahkah kita menghitung betapa banyaknya dosa yang dilakukan selama mana diri ini diciptakan?
Adakah kita sedar betapa setiap saat dan detik, kematian kian menghampiri, mendekati kita tanpa disedari? Sedarlah wahai manusia yang bergalar khalifah, tidaklah penciptaan kita di di dunia ini sia- sia.
Allah S.W.T berfirman: " Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali bagi mengabdikan diri"
Ketika mana Allah S.W.T memberitahu para malaikat bahawa DIA akan menciptakan manusia sebagai khalifah, para malaikat bertanya apakah Allah ingin menciptakan manusia yang hanya akan menumpahkan darah dan saling berbunuhan di kemudian hari. Namun DIA Yang Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang tersingkap di sebalik penciptaan. Allah S.W.T berfirman : " Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
Lihatlah betapa besarnya peranan yang harus kita mainkan. Sedangkan sekecil- kecil semut punyai tujuan penciptaan apatah lagi kita sebagai makhluk yang berperanan bagi mentadbir dan memakmurkan bumi ini. Kita harus mempunyai kesedaran bahawa kita hanyalah hamba Allah yang berasal dari tanah. Kaya atau miskin bukanlah kayu ukur yang menentukan darjat seseorang, akan tetapi Allah S.W.T telah menegaskan di dalam kitab- Nya bahawa semulia- mulia manusia di sisi Allah adalah mereka yang bertakwa.
Bayangkan di saat kematian bakal menjelang, sedangkan amal kebajikan yang dilakukan hanya sekelumit cuma, mampukah amalan sebesar demikian membawa kita menikmati kenikmatan syurga? Mampukah diri ini menanggung azab siksa api neraka yang di dalamnya penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan?
Justeru, marilah kita bersama- sama meningkatkan amal ibadah sementara jiwa ini masih bisa menghirup udara segar kurniaan Ilahi yang tiada tandingan harganya berbanding segala apa jua yang terdapat di dunia ini. Nilailah apakah sumbangan yang telah kita hulurkan kepada Islam, bukan apa yang telah Islam hulurkan kepada kita. Sesungguhnya kita yang berkehendak akan Islam dan bukannya Islam berkehendak kepada kita.

"....Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu..."
{Surah An- Nur:11}
Semua manusia dilahirkan sama di antara satu sama lain, hanya usaha dan pergantungan yang tinggi terhadap Allah sahaja yang bisa membezakan antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat juga sebilangan besar daripada kita yang tahap geniusnya melebihi sebahagian yang lain. Akan tetapi, persoalannya di sini, wujudkah manusia yang dilahirkan tanpa kekurangan sedikitpun? Tepuk dada, tanyalah iman...
Kekurangan atau kelebihan bukanlah faktor utama bagi menentukan kejayaan. Lihat sahaja sebilangan ulama' yang mempunyai kekurangan dari sudut fizikalnya seperti Ibnu Abbas, Qatadah, Ibnu Ummi Maktum dan lain- lain. Mereka bukan sahaja memberikan sumbangan yang sangat besar dalam Islam bahkan keupayaan mereka dalam mentafsir Al- Qur'an seperti Ibnu Abbas r.a juga tiada tolok bandingnya hatta nabi S.A.W sendiri turut mendoakan diberikan kefaqihan dan keupayaan mentakwil kepada Ibnu Abbas.
Perasaan qana'ah iaitu berpuas hati dengan pemberian Allah adalah sebuah kekayaan yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Rasulullah S.A.W bersabda: " Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan hati"
Kekayaan yang sebenar bukanlah diukur melalui lautan emas permata atau segunung berlian berkilauan. Namun kekayaan sebenar yang dimaksudkan di sini adalah ketenangan hati dan kebersihan jiwa. Allah S.W.T berfirman: " Dengan mengingati Allah jualah hati akan menjadi tenang"
Banyakkanlah zikir dan munajat kepada Allah kerana di situlah terdapatnya keberkatan dan ketenangan jiwa yang dikejar selama ini.
'tuhan....walau taubat seringku mungkir, namun pengampunanmu melangit luas,harga selautan syukurku, hanyalah setitis, nikmat- Mu di bumi....'

Sedarkah anda, di saat ini, ketika jari jemari anda sibuk menaip, anda dapat merasakan kelicinan keyboard anda. Begitu juga sekiranya anda menyentuh pelepah burung, kehalusannya dapat anda rasakan sementara deria anda juga dapat mengesan perbezaan antara batu yang keras dan dan licin.Keadaan ini menunjukkan bahawa signal telah dihantar ke otak anda.
Terdapat berjuta- juta saraf di hujung jari kita yang sangat mempengaruhi kehidupan seharian. Dengan adanya saraf ini, pergerakan kita dimudahkan tanpa melalui kesulitan sedikit pun. Dari aspek lain, di bahagian “yang kurang penting”, pada lengan manusia misalnya, jumlah hujung saraf lebih sedikit yang terdapat padanya hikmah kurniaan Ilahi yang tidak terhingga bagi mereka yang memikirkannya.
Sekarang, mari kita membayangkan hal yang sebaliknya berlaku. Andaikan hujung jari kita tidak begitu peka sedangkan saraf-saraf tersusun sedemikian sehingga berada lebih banyak di bahagian belakang tubuh kita. Hal ini tidak dapat diragukan lagi dan akan menjadi kesulitan kepada kita. Dalam keadaan yang seperti ini kita tidak dapat menggunakan tangan kita sebagaimana mestinya, malah kita akan merasakan benda sekecil apa pun yang menyentuh belakang kita iaitu keadaan fizikal tempat yang menjadi sandaran kita misalnya.
Kulit manusia adalah organ yang kompleks yang terdiri daripada beberapa lapisan dan mengandungi deria perasa, saluran peredaran darah, sistem aliran udara, dan penyeimbang atau pengatur antara kelembapan dan panas, yang melindungi tubuh daripada sinaran matahari. Disebabkan betapa besarnya kepentingan kulit terhadap diri manusia, manusia akan berada dalam keadaan bahaya jika sebagian kulitnya rusak.
Di bawah kulit juga terdapat lapisan yang mengandungi lemak. Lapisan lemak ini berfungsi bagi melindungi organ serta bertindak memanaskan badan sekiranya kita berada dalam keadaan sejuk. Di atas lapisan ini terdapat lapisan lain lagi, yang kebanyakannya terdiri daripada protein sehingga membuatkan kulit menjadi kenyal.
Seandainya kita mengelupas kulit dan melihat sekadar satu sentimeter (0,4 inci) di bawahnya, pemandangan yang kita temui akan tidak indah sama sekali, bahkan menakutkan, di mana akan tampak lemak dan protein serta berbagai pembuluh darah kerana ciri-ciri pada kulit memungkinkannya menutup struktur ini yang mana berperanan penting dalam memperindah tubuh kita dan sekaligusmelindungi diri dari faktor- faktor luar.
Kulit manusia mencegah terjadinya gangguan ketidak seimbangan air dalam tubuh, kuat dan elastis, dapat menyembuhkan dirinya sendiri, melindungi tubuh dari pancaran sinar yang membahayakan, dan melindungi suhu tubuh di dalam cuaca dingin atau panas.
Selain berfungsi sebagai pengesan yang peka, kulit manusia juga memenuhi segala jenis keperluan manusia itu sendiri. Semua ini menunjukkan bahwa kulit merupakan nikmat yang telah diciptakan oleh Allah, dengan keindahan yang diberikannya bagi pandangan mata dan keistimewaan yang dimilikinya untuk melindungi manusia. Kulit, topik yang sudah ditulis di dalam berlembar-lembar buku, sekali lagi menunjukkan kepada kita kehebatan Allah dalam mencipta.
Subhanallah.....

Setelah beberapa bulan berada dalam rahim ibu, tibalah saat kelahiran yang sangat dinanti- nantikan oleh para ibu dan bapa. Bagi setiap manusia, kita telah melalui sistem yang telah sempurna yang sudah dipersiapkan dalam tubuh ibu, dan setiap orang melalui tahap-tahap perkembangan yang sama.
Kelahiran adalah satu proses yang sangat mempesonakan. Bayangkan seorang manusia yang masih belum mengerti apa- apa akan dilahirkan ke dunia yang penuh mehnah dan cabaran ini. Bayi yang berkembang di dalam ruang terlindung yang dipersiapkan khusus di dalam rahim ibunya, lahir ke dunia setelah melalui tempoh waktu yang tertentu. Perincian peristiwa yang menakjubkan ini akan membawakepada kesimpulan yang sangat penting setiap orang yang merenungkannya . Mari kita bersama-sama meraih kesimpulan ini dengan cara meneliti setiap dalam perkembangan bayi.
Plasenta merupakan jaringan daging yang terbentuk di dalam tubuh wanita agar telur yang telah disenyawakan dapat melekat pada dinding rahim. Plasenta mengandungi struktur pembuluh darah yang halus, yang dipersiapkan untuk keperluan bayi yang sedang berkembang. Pembuluh ini seperti cabang-cabang pohonyang menghubungkan ibu dan bayi dan saling mempertukarkan bahan-bahan.
Darah ibu dan darah bayi tidak pernah bercampur, akan tetapi zat makanan dan oksigen dapat melintasi darah ibu ke darah bayi, sedangkan kotoran dibuang dari darah bayi dan akhirnya dikeluarkan oleh tubuh sang ibu. Maha Suci Allah S.W.T yang menciptakan manusia dengan sebaik- baik kejadian.
Fungsi plasenta sangat penting karena jaringan ini harus memenuhi semua keperluan bayi, sekaligus harus selektif agar dapat melindunginya. Pertukaran pada plasenta dapat berlaku melalui selaput tipis yang disebut “chorion.” Selaput ini memisahkan peredaran darah bayi dari darah ibunya. Dengan adanya selaput ini, darah ibu tidak dapat masuk ke pembuluh darah bayi manakala Sang bayi hanya menerima oksigen dan zat makanan melalui selaput ini.
Nutrisi yang diperlukan oleh bayi selama bulan-bulan pertama hidupnya berbeza dari apa yang diperlukannya pada bulan ke lapan dan ke sembilan iaitu pada saat-saat menjelangnya kelahiran. Plasenta juga harus menyesuaikan situasi ini dalam penentuan zat makanan. Sebenarnya, plasenta menjalankan semua fungsi ini dengan cara yang sangat sempurna tanpa sedikitpun kesalahan dan cacat cela. Plasenta juga biasanya peka akan jumlah zat yang harus diambilnya dan sangat berhati-hati dalam hal ini.
Di saat ini, terdapat beberapa persoalan yang perlu diutarakan.
Pertama, ada pertanyaan tentang bagaimana plasenta, yang berupa jaringan yang terdiri dari sejumlah sel, dapat membuat perhitungan seperti ini. Begitu pula, pertanyaan tentang bagaimana plasenta tahu akan keperluan bayi. Pesoalan ini juga memerlukan jawapan. Orang yang berakal akan segera menyedari bahawa sepotong daging yang disebut plasenta tidak dapat melakukan hal ini dengan begitu saja dan tidak mungkin sifat yang sangat istimewa ini berlaku secara kebetulan.
Dalam hal ini, fakta yang kita peroleh sekali lagi sangatlah jelas bahawasanya Allah S.W.T menciptakan plasenta lengkap dengan karakteristik yang bersesuaian dengan keperluan bayi di dalam rahim ibu. Keajaiban kelahiran adalah contoh lain lagi yang menampilkan keagungan Allah S.W.T dalam penciptaan.
Allah S.W.T berfirman di dalam Al Qur‘an:
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuh-mu. (QS. Al Infithaar, 82: 6-8)
Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik- baik kejadian......

Bila kau memandang segalanya dari TUHAN mu
Yang mencipta segalanya..
Yang menimpakan ujian..
Yang menjadikan sakit hati mu..
Yang membuatkan keinginan mu terhalang..
Serta membebani hidup mu..
Pasti akn damailah hati mu…
Kerana,
Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tak tahu deritanya hidup mu..
Retaknya hati mu..
Tapi mungkin itulah yang Allah mahu
Kerana,
Allah Maha Tahu hati yang sebeginilah
Yang selalunya lebih lunak
Dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA..
Kerana..
Allah Maha Tahu apa yg terbaik
untuk hambaNYA.
HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA
Manusia dijadikan dari titisan air mani ,air mani dihimpun dan dibiarkan didalam rahim perempuan selama empat puluh hari .Kemudian di ubah pula menjadi seketul daging dan berada dalam keadaan begitu selama empat puluh hari pula,lalu jadilah beranggota sebagaimana manusia sekarang ini .Kemudian datanglah malaikat meniupkan roh dan menentukan rezekinya ,umurnya ,amalannya,atau nasibnya samada celaka atau beruntung kemudian setelah sampai masa yang ditetapkan maka keluarlah ia dari perut ibunya kealam dunia ini.
PERBEZAAN ALLAH TAALA DENGAN MANUSIA
Allah taala adalah tuhan yang mencipta manusia melalui cara –cara yang tersebut dalam hadith maka dia adalah tuhan yang Maha Kuasa .Manakala manusia pula ,dia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah .Kejadian sebagaimana tersebut dalam hadith ini juga,maka dia adalah satu makhluk yang lemah dan sentiasa bertumpu kepada Allah taala setiap masa dan waktu.
1) TEORI EVOLUSI
2) TEORI TABIE
3) TEORI ARISTOTLE
4) TEORI KEMANUSIAAN
1)TEORI EVOLUSI
Teori ini diperkenalkan oleh Charles Darwin pada tahuN 1859 Masihi. Beliau mendakwa bahawa segala mahkluk yang ada dan semua sistem alam yang teratur sama ada molekul, tumbuhan, haiwan, bintang, cakerawala telah terbina hasil kesempurnaan sedikit demi sedikit benda yang terkandung di dalam benda itu.Proses perkembangan itu berlaku daripada keadaan purba yang tidak teratur serta ringkas kepada kompleks dan teratur.Daripada benda yang ringkas menjadi organ yang lengkap. Oleh sebab itu, teori ini menyatakan manusia adalah binatang menyusu yang cerdas yang pertumbuhannya berlangsung melalui suatu proses evolusi daripada tingkat rendah sampai ke tingkat yang lebih tinggi.Justeru itu, mereka berpendapat manusia berasal daripada rangka keturunan beruk purba.Ini juga bererti nenek moyang kita adalah beruk! Satu PEMBOHONGAN yang nyata terbukti apabila para pakar sains telah menemui fosil-fsil manusia dulu tidak menunjukkan sebarang perbezaan jika dibandingkan dengan manusia sekarang.
2) TEORI TABIE
Teori ini pulak dipelopori oleh sebahagian daripada saintis yang tidak percaya akan kewujudan Maha Pencipta.Mereka mengambil jalan keluar bagi menjawab segala persoalan siapakah yang menjadikan manusia dan seluruh isi alam ini dengan menyatakan yang menciptakan seluruh alam dan isinya adalah berlaku secara tabii ataupun semula jadi.Teori menyamai dengan fahaman golongan al-Dahriyyah iaitu golongan yang menolak konsep hari pembalasan disebabkan percaya bahawa semua benda adalah kekal abadi dan dunia tidak mempunyai permulaan dan kesudahannya.Dalam erti kata lain, golongan ini percaya manusia akan hidup selama-lamanya..
3)TEORI ARISTOTLE
Beliau berpendapat manusia merupakan makhluk yang digolongkan dalam kategori haiwan disebabkan mempunyai pernafasan, peredaran darah serta ia makan dan mengolah makanan tersebut lalu membuang kotorannya. Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa manusia lain sedikit dari haiwan disebabkan mempunyai fikiran. Oleh itu, dia mendefinisikan manusia sebagai haiwan yang berfikir ( thingking animal) disebabkan manusia mempunyai akal yang mampu untuk membezakan sesuatu perkara. Dia menyamakan manusia dengan haiwan dari segi perkembangan biologi manusia yang hampir serupa dengan sesetengah haiwan.
4) TEORI KOMUNISME
Menurut pandangan materialisme dialektis yang merupakan prinsip ajaran komunisme, manusia adalah mahkluk biologi dan ekonomi. Sebagai mahkluk biologi, ia adalah binatang cerdas yang mmpunyai akal, jiwa dan perut.Demikanlah mereka tidak mengingkari adanya unsur akal dan jiwa dalam diri manusia akan tetapi mereka beranggapan unsur materi lebih penting daripada unsur kejiwaan.Hal ini kerana jiwa dan akal bergantung kepada wujudnya material..Dalam erti kata lain, manusia tidak boleh hidup tanpa adanya kebendaan atau perkara yang ada di sekelilingnya dimana benda2 itu yang mampu menolong manusia dalam segenap perkara..
di sini penulis bawakan beberapa pendapat yang diutarakan oleh beberapa pendapat yang berkait dengan manusia.
apabila kita memerhatikan setiap kejadian makhluk, kita tidak dapat tidak bertasbih memuji pencipta yang menetapkan wujudnya apa yang kita perhatikan ..betapa indah ciptaan-Nya yang membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah . sebagaimana firman Allah yang membawa maksud :"(setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa dia diciptakan (at-Taariq:5)
MANUSIA MENURUT AL-QURAN
Israiliyat cerita ambilan daripada Bani Israel
![]() |
| Dr. Abdul Rashid Ahmad. |
Firman Allah, Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)
Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami bahasa arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada penafsiran ayat-ayat Allah.
Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada munculnya tafsiran Israiliyat oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir pendakwah.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto MOHD. ZAKKI JILAN menemu bual pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad bagi mengupas isu ini.
UTUSAN: Apakah yang dimaksudkan dengan tafsiran Israiliyat ?
DR. RASHID: Secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu golongan Yahudi dan Nasrani.
Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah para nabi dan rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kejadian dan penciptaan. Namun begitu, ada sebahagian ulama Islam yang memperluaskan definisi ini dengan merangkumkan semua unsur asing yang menyerap ke dalam tamadun Islam termasuk kisah-kisah dongeng yang dinukilkan daripada Majusi.
Oleh itu, apabila dikaitkan Israiliyat dengan tafsir atau tafsiran Israiliyat maka ia bermaksud tafsiran-tafsiran yang dibuat bersandarkan kepada cerita-cerita atau riwayat-riwayat yang bersumber daripada Yahudi dan Nasrani atau semua unsur asing yang diserap masuk ke dalam kitab tafsir.
Apakah peranan ahli kitab dalam tafsiran Israiliyat ini?
DR. RASHID: Memang golongan Yahudi dan Nasrani dikenali sebagai ahli kitab kerana kepada mereka diturunkan kitab Taurat dan Injil. Hal ini telah disebut oleh al-Quran sendiri contohnya dalam surah al-Ma’idah ayat 15.
Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi hubungan baik antara umat Islam dan ahli kitab ini wujud. Hubungan ini terbukti apabila sebahagian para sahabat merujuk kepada ahli kitab untuk mendapatkan keterangan berkenaan kisah-kisah yang disebut dalam Al-Quran tentang kisah Nabi Isa a.s. dan mukjizatnya, tentang umat-umat terdahulu seperti kisah penghuni gua (ashab al-kahfi) dan sebagainya.
Tujuan para sahabat adalah sekadar mendapat penjelasan berhubung kisah-kisah tersebut yang mempunyai persamaan dengan kisah yang disebut dalam Taurat dan Injil.
Seperti maklum bahawa cara pembentangan al-Quran tentang kisah-kisah ini adalah secara ringkas berbeza dengan Taurat dan Injil yang memperincikannya.
Demikianlah kita nampak betapa rapat kaitan cerita ini dengan ahli kitab dan salah satu faktor yang mendorong ke arah itu.
Adakah kita dibenarkan menggunakan tafsir Israiliyat dalam berdakwah?
DR. RASHID: Bagi menjawab soalan ini, kita mesti melihat kepada kedudukan riwayat Israiliyat tersebut. Dalam hal ini, para ulama telah membahagikan Israiliyat kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama, maklumat atau cerita yang diketahui kesahihannya menerusi al-Quran dan al-sunah. Apa yang termasuk dalam bahagian ini boleh diriwayatkan dan dijadikan sebagai hujah. Inilah yang disabdakan Nabi yang bermaksud, Dan riwayatkanlah daripada Bani Israel, tiada salahnya (Sahih al-Bukhari, no. hadis 3451).
Bahagian kedua, maklumat atau cerita yang diketahui pendustaannya kerana menyalahi al-Quran dan sunah. Semua yang termasuk dalam bahagian ini dilarang meriwayatkannya, ditegah mengambilnya dan bertanya mereka tentangnya.
Bahagian ketiga, apa yang didiamkannya tanpa komen. Kerana ia tidak termasuk dalam bahagian pertama dan kedua. Kita tidak boleh mempercayainya dan tidak pula mendustainya. Inilah yang termasuk dalam sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud, Janganlah kamu benarkan Ahli Kitab dan jangan kamu dustakan mereka. (Sahih al-Bukhari, no. hadis 4485).
Berdasarkan huraian tadi, jelas bahawa ada riwayat dan cerita yang boleh digunakan dalam berdakwah dan ada yang dilarang meriwayatkannya.
Sebabnya, dalam masyarakat kita, apabila diperincikan sesuatu kisah itu mereka seronok. Jadi ini adalah antara punca mengapa tafsiran Israiliyat berkembang dan digunakan. Ini untuk targhib atau menarik minat masyarakat kepada agama. Tujuannya baik tetapi ia telah disalahgunakan dan menjejaskan Islam.
Oleh itu, golongan alim terutamanya perlu berhati-hati apabila hendak menyampaikan kisah-kisah dalam al-Quran hendaklah dipastikan kesahihannya terlebih dahulu. Kita bimbang masyarakat akan terus percaya dengan tafsiran Israiliyat apabila menemuinya dalam majalah atau buku-buku.
Adakah tafsiran Israiliyat menjejaskan syariat?
DR. RASHID: Ini mestilah merujuk kepada sejauhmana ia menepati al-Quran dan sunah atau sebaliknya. Sekiranya ia bertentangan dengan roh syariat Islam yang suci, sudah tentu ia menjejaskan syariat. Perbuatan sedemikian adalah haram dan ia tidak patut digunapakai atau disebarkan.
Tafsiran yang menjejaskan syariat adalah seperti kisah Nabi Ayub yang dikatakan sakit berbelas tahun lamanya sehinggakan badannya berkudis dan berulat. Dikatakan dagingnya gugur sama sekali hanya tinggal tulang sahaja.
Patutkah seorang Nabi yang menjadi kekasih Allah dan pilihan-Nya diuji sedemikian rupa sehingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang yang patut dihormati.
Demikian juga dalam Hasyiyah Tafsir Jalalain oleh al-Sawi masih ditemui syarah tentang bumi ini di atas tanduk seekor lembu jantan dan lembu itu di atas belakang ikan Nun. (Lihat tafsiran surah Nun oleh al-Sawi)
Tafsir ini juga menceritakan kisah Nabi Sulaiman yang membuat istana berlantaikan kaca. Apabila Ratu Balqis berjalan di atasnya disangkanya air lalu beliau menyingkapkan kainnya, lalu Nabi Sulaiman melihat dua betisnya, yang didakwa oleh jin bahawa ia berbulu seperti keldai.
Patutkah seorang Nabi dikatakan berbuat sesuatu dengan tujuan melihat betis wanita? (lihat Tafsir Jalalain, al-Naml: 44).
Pada tafsiran yang lain dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman tertinggal solat Asar kerana sibuk memeriksa kuda-kuda untuk berjihad. (Lihat, Tafsir Jalalain, Sad: 31)
Contoh-contoh seperti itu adalah antara riwayat Israiliyat yang tidak logik.
Ada juga tafsiran mereka yang bertentangan dengan sains, seperti bumi di atas tanduk lembu tadi. Walhal Islam tidak bercanggah dengan sains.
Bagaimana kita hendak mengesan tafsir al-Quran yang mengandungi ciri-ciri Israiliyat?
DR. RASHID: Majoriti tafsiran Israiliyat ini berlaku ketika menafsirkan ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah-kisah al-Quran.
Maka mana-mana tafsir yang cenderung menafsir secara terperinci cerita-cerita itu hendaklah diberi perhatian khusus sama ada ia daripada sumber yang sahih atau sebaliknya.
Untuk mengenalpasti kesahihannya haruslah melalui beberapa kaedah. Pertama, kita harus menilai riwayat-riwayat tersebut adakah selari dengan syariat Islam atau tidak. Atau tegasnya sesuai dengan maksud al-Quran dan sunah atau tidak.
Kedua, harus dilihat bahawa ia sesuai dengan logik akal atau tidak. Ini kerana banyak riwayat dan kisah Israiliyat yang tidak logik.
Dan ketiga, ia boleh dikesan melalui kritikan ahli tafsir itu sendiri apabila ia membentangkan satu-satu kisah Israiliyat dalam kitab tafsirnya.
Ada juga ulama yang jujur dalam membicarakan Israiliyat ini. Antaranya ialah Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Beliau menyebut tentang Israiliyat ini sekadar untuk memaklumkan masyarakat mengenainya supaya mereka tidak terpengaruh dengan tafsiran sedemikian.
Antara buku yang boleh dirujuk dalam isu ini adalah seperti berikut:
* Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad (1408). Al-Israiliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir.
* Al-Dhhabi, Muhammad Husayn(1987). Al-Tafsir wa al-Mufassirun.
lAbd al-Wahhab Abd al-Wahhab Faid(1978). Al-Dakhil fi al-Quran al-Karim.
sumber:utusan online




