
MARAH
=> Marah adalah salah satu penyakit hati. Penyembuhannya boleh dengan cara memberikan ubat kepada apa atau siapa yang dimarahinya. Jika ia megubatinya dengan cara yang betul dan penuh hikmah , berjayalah ia disembuhkannya. Sebaliknya jika ia mengubatinya dengan cara yang salah atau batil, maka akan bertambah ras sakit dalam hatinya.
GELISAH, SEDIH
=> Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati. Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, sehingga lahirnya ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati. Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak sembuh, bahkan semakin banyak penyakit yang akan bejangkit kerananya.
RAGU-RAGU
=> Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya, akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangannya tersebut hilang. Ketika seseorang dilanda kebimbangan, ibarat seperti keadaan suhu yang sedang naik mejadi panas sehingga ia memerlukan kepada pendingin yang boleh menyejukkannya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar. Itulah dia tauhid dan hidayah yan boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.
CINTA DAN RINDU
=> Hal itu tidak ubanhya dengan seseorang yang mengubati penyakit rindu dengan cara berdua-duaan atau dengan perkara yang menghampiri zina untuk melepaskan rindu dengan bertemu, menelefon atau mengirim mesej dengan kata-kata romantik atau melalui apa-apa jua yang boleh memabukkan atau mengkhayalkan, maka ia hanya semakin bertambah parah sakitnya dan lama kelamaan akan menimbulkan pelbagai penyakit sampingan yang lebih berbahaya dari penyakit yang ada.
KEJAHILAN
=> Kejahilan dan kebodohan juga merupakan salah satu dari penyakit hati. Sesetengah orang mengubatinya dengan mencari ilmu2 yang tidak bermanfaat yang mana mereka beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh disembuhkan dengan apa sahaja ilmu mengikut keperluan semasa seseorang. Sedangkan pada hakikatnya ia hanya menambahkan rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri. Oleh itu, penyakit jahil hanya boleh disembuhkan dengan ilmu yang bermanfaat sahaja. Lebih2 lagi ilmu yang menyentuh persoalan iman, keyakinan dan takwa kepada Allah, pembalasan buruk baik dan yang berkaitan denganbalasan syurga dan neraka di akhirat.
Posted by
bait aqsa



0 comments:
Post a Comment