HADITH TENTANG PENCIPTAAN MANUSIA DI ALAM RAHIM

Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu kami dan bagindalah yanga dibenarkan : “Sesungguhnya tiap – tiap orang dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya empat puluh hari berupa nutfah (air mani)kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (empat puluh hari ).Kemudian menjadi segumpal daging selama itu juga,kemudian diutuskan malaikat kepadanya untuk meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan ) empat perkara : rezekinya ,ajalnya,amalannya,dan celaka atau untung ,demi Allah tiada tuhan selainNya ,sesungguhnya seseorang dikalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga itu hingga tidak ada diantaranya dengan syurgal itu melainkan sehasta sahaja,maka ia didahului oleh ketentuan takdir tuhan ,lalu ia mengerjakan pekerjaan ahli neraka maka ia pun masuk neraka.Sesungguhnya salah seorang diantara kamu beramal dengan amalan ahli neraka hingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka lalu ia mengerjakan pekerjaan ahli syurga ,maka masuklah ia ke dalam syurga”.


HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA
Manusia dijadikan dari titisan air mani ,air mani dihimpun dan dibiarkan didalam rahim perempuan selama empat puluh hari .Kemudian di ubah pula menjadi seketul daging dan berada dalam keadaan begitu selama empat puluh hari pula,lalu jadilah beranggota sebagaimana manusia sekarang ini .Kemudian datanglah malaikat meniupkan roh dan menentukan rezekinya ,umurnya ,amalannya,atau nasibnya samada celaka atau beruntung kemudian setelah sampai masa yang ditetapkan maka keluarlah ia dari perut ibunya kealam dunia ini.

PERBEZAAN ALLAH TAALA DENGAN MANUSIA
Allah taala adalah tuhan yang mencipta manusia melalui cara –cara yang tersebut dalam hadith maka dia adalah tuhan yang Maha Kuasa .Manakala manusia pula ,dia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah .Kejadian sebagaimana tersebut dalam hadith ini juga,maka dia adalah satu makhluk yang lemah dan sentiasa bertumpu kepada Allah taala setiap masa dan waktu.

0 comments:

Post a Comment