KEKURANGAN BOLEH MENJADI KESEMPURNAAN


"....Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu..."
{Surah An- Nur:11}

Semua manusia dilahirkan sama di antara satu sama lain, hanya usaha dan pergantungan yang tinggi terhadap Allah sahaja yang bisa membezakan antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat juga sebilangan besar daripada kita yang tahap geniusnya melebihi sebahagian yang lain. Akan tetapi, persoalannya di sini, wujudkah manusia yang dilahirkan tanpa kekurangan sedikitpun? Tepuk dada, tanyalah iman...

Kekurangan atau kelebihan bukanlah faktor utama bagi menentukan kejayaan. Lihat sahaja sebilangan ulama' yang mempunyai kekurangan dari sudut fizikalnya seperti Ibnu Abbas, Qatadah, Ibnu Ummi Maktum dan lain- lain. Mereka bukan sahaja memberikan sumbangan yang sangat besar dalam Islam bahkan keupayaan mereka dalam mentafsir Al- Qur'an seperti Ibnu Abbas r.a juga tiada tolok bandingnya hatta nabi S.A.W sendiri turut mendoakan diberikan kefaqihan dan keupayaan mentakwil kepada Ibnu Abbas.

Perasaan qana'ah iaitu berpuas hati dengan pemberian Allah adalah sebuah kekayaan yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Rasulullah S.A.W bersabda: " Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan hati"

Kekayaan yang sebenar bukanlah diukur melalui lautan emas permata atau segunung berlian berkilauan. Namun kekayaan sebenar yang dimaksudkan di sini adalah ketenangan hati dan kebersihan jiwa. Allah S.W.T berfirman: " Dengan mengingati Allah jualah hati akan menjadi tenang"

Banyakkanlah zikir dan munajat kepada Allah kerana di situlah terdapatnya keberkatan dan ketenangan jiwa yang dikejar selama ini.

'tuhan....walau taubat seringku mungkir, namun pengampunanmu melangit luas,harga selautan syukurku, hanyalah setitis, nikmat- Mu di bumi....'

0 comments:

Post a Comment