KEISTIMEWAAN KURNIAAN ILAHI


Sedarkah anda, di saat ini, ketika jari jemari anda sibuk menaip, anda dapat merasakan kelicinan keyboard anda. Begitu juga sekiranya anda menyentuh pelepah burung, kehalusannya dapat anda rasakan sementara deria anda juga dapat mengesan perbezaan antara batu yang keras dan dan licin.Keadaan ini menunjukkan bahawa signal telah dihantar ke otak anda.

Terdapat berjuta- juta saraf di hujung jari kita yang sangat mempengaruhi kehidupan seharian. Dengan adanya saraf ini, pergerakan kita dimudahkan tanpa melalui kesulitan sedikit pun. Dari aspek lain, di bahagian “yang kurang penting”, pada lengan manusia misalnya, jumlah hujung saraf lebih sedikit yang terdapat padanya hikmah kurniaan Ilahi yang tidak terhingga bagi mereka yang memikirkannya.

Sekarang, mari kita membayangkan hal yang sebaliknya berlaku. Andaikan hujung jari kita tidak begitu peka sedangkan saraf-saraf tersusun sedemikian sehingga berada lebih banyak di bahagian belakang tubuh kita. Hal ini tidak dapat diragukan lagi dan akan menjadi kesulitan kepada kita. Dalam keadaan yang seperti ini kita tidak dapat menggunakan tangan kita sebagaimana mestinya, malah kita akan merasakan benda sekecil apa pun yang menyentuh belakang kita iaitu keadaan fizikal tempat yang menjadi sandaran kita misalnya.

Kulit manusia adalah organ yang kompleks yang terdiri daripada beberapa lapisan dan mengandungi deria perasa, saluran peredaran darah, sistem aliran udara, dan penyeimbang atau pengatur antara kelembapan dan panas, yang melindungi tubuh daripada sinaran matahari. Disebabkan betapa besarnya kepentingan kulit terhadap diri manusia, manusia akan berada dalam keadaan bahaya jika sebagian kulitnya rusak.

Di bawah kulit juga terdapat lapisan yang mengandungi lemak. Lapisan lemak ini berfungsi bagi melindungi organ serta bertindak memanaskan badan sekiranya kita berada dalam keadaan sejuk. Di atas lapisan ini terdapat lapisan lain lagi, yang kebanyakannya terdiri daripada protein sehingga membuatkan kulit menjadi kenyal.

Seandainya kita mengelupas kulit dan melihat sekadar satu sentimeter (0,4 inci) di bawahnya, pemandangan yang kita temui akan tidak indah sama sekali, bahkan menakutkan, di mana akan tampak lemak dan protein serta berbagai pembuluh darah kerana ciri-ciri pada kulit memungkinkannya menutup struktur ini yang mana berperanan penting dalam memperindah tubuh kita dan sekaligusmelindungi diri dari faktor- faktor luar.

Kulit manusia mencegah terjadinya gangguan ketidak seimbangan air dalam tubuh, kuat dan elastis, dapat menyembuhkan dirinya sendiri, melindungi tubuh dari pancaran sinar yang membahayakan, dan melindungi suhu tubuh di dalam cuaca dingin atau panas.

Selain berfungsi sebagai pengesan yang peka, kulit manusia juga memenuhi segala jenis keperluan manusia itu sendiri. Semua ini menunjukkan bahwa kulit merupakan nikmat yang telah diciptakan oleh Allah, dengan keindahan yang diberikannya bagi pandangan mata dan keistimewaan yang dimilikinya untuk melindungi manusia. Kulit, topik yang sudah ditulis di dalam berlembar-lembar buku, sekali lagi menunjukkan kepada kita kehebatan Allah dalam mencipta.

Subhanallah.....

0 comments:

Post a Comment