apabila kita memerhatikan setiap kejadian makhluk, kita tidak dapat tidak bertasbih memuji pencipta yang menetapkan wujudnya apa yang kita perhatikan ..betapa indah ciptaan-Nya yang membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah . sebagaimana firman Allah yang membawa maksud :"(setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa dia diciptakan (at-Taariq:5)
MANUSIA MENURUT AL-QURAN
—Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad.
—Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang.
—Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal.
—Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu.
—Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah.
—Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah.
—Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah.
—Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.



0 comments:
Post a Comment